topbella

Friday, 29 July 2011

Kata-kata renungan

Tuesday, 26 July 2011

Kata-kata renungan

Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau
sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu.Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai,maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai.

SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH


Saturday, 23 July 2011

Sirah Nabawiyyah: Kelahiran Rasul Akhir Zaman




Abdullah, bapa Rasulullah dan ibunya Siti Aminah binti Wahab telah berkahwin di Yathrib. Selepas itu mereka pulang ke Mekah. Ketika itu, Siti Aminah sudah mengandung dan ayah Muhammad meninggal sebelum baginda dilahirkan lagi.

Sebelum siti Aminah melahirkan baginda, dia pernah bermimpi melihat dirinya melahirkan seorang anak lelaki yang lahir bersama cahaya yang memenuhi bumi. Dalam mimpi itu, dia juga berdoa kepada tuhan, “Aku berlindung kepada Tuhan yang Esa supaya diselamatkan anak ini daripada semua orang yang dengki.”

Kemudian, Aminah melahirkan Muhammad pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal tahun Gajah atau lima puluh hari selepas peristiwa tentera bergajah mengikut ahli sejarah. Ajaibnya, ketika mengandungkan Muhammad, dia tidak berasa sakit mahupun penat. Malah ketika dilahirkan, Muhammad berada dalam keadaan bersujud dan sudah berkhatan.

Penyair Nabi Muhammad, Hasan bin Thabit pernah menceritakan salah satu daripada tanda kelahiran Rasulullah. Menurutnya, ketika Muhammad lahir, dia baru berumur tujuh tahun. Ketika itu dia berada di Madinah dalam majlis orang-orang Yahudi di sana. Seorang ulama’ Yahudi telah memanjat bumbung rumahnya dan menjerit kepada semua orang, “bintang Ahmad muncul di langit.” (Di mana bintang itu muncul apabila Muhammad dilahirkan. Oleh itu Hasan menyaksikan peristiwa itu.

Wednesday, 20 July 2011

Jagalah aurat kita


Allah mengurniakan tubuh badan dan rupa paras yang cantik kepada wanita bukanlah untuk didedahkan dan dipertontonkan kepada orang lain. Oleh itu, jagalah aurat anda dengan menutupi bahagian aurat seperti ditetapkan syarak iaitu keseluruhan tubuh kecuali muka dan tapak tangan dan labuhkanlah tudung hingga melepasi dada.

Rasulullah s.a.w bersabda:
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)

“Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.”
(Riwayat Al-Bukhari)

Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda:
“Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya).
(Riwayat Abu-Dawud)



Wednesday, 6 July 2011

Sejauh manakah kepercayaan kita terhadap Allah s.w.t dan rasul tercinta? Renungilah, hayatilah dan insafilah...

I Believe Lyrics
When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you
He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day
Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

MAHER ZAIN
Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day
Chorus
If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through
I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace
Chorus
I believe I believe, I believe I believe
Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki
Melody: Irfan Makki & Maher Zain
Arrangement: Maher Zain



About Me