topbella

Saturday, 23 July 2011

Sirah Nabawiyyah: Kelahiran Rasul Akhir Zaman




Abdullah, bapa Rasulullah dan ibunya Siti Aminah binti Wahab telah berkahwin di Yathrib. Selepas itu mereka pulang ke Mekah. Ketika itu, Siti Aminah sudah mengandung dan ayah Muhammad meninggal sebelum baginda dilahirkan lagi.

Sebelum siti Aminah melahirkan baginda, dia pernah bermimpi melihat dirinya melahirkan seorang anak lelaki yang lahir bersama cahaya yang memenuhi bumi. Dalam mimpi itu, dia juga berdoa kepada tuhan, “Aku berlindung kepada Tuhan yang Esa supaya diselamatkan anak ini daripada semua orang yang dengki.”

Kemudian, Aminah melahirkan Muhammad pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal tahun Gajah atau lima puluh hari selepas peristiwa tentera bergajah mengikut ahli sejarah. Ajaibnya, ketika mengandungkan Muhammad, dia tidak berasa sakit mahupun penat. Malah ketika dilahirkan, Muhammad berada dalam keadaan bersujud dan sudah berkhatan.

Penyair Nabi Muhammad, Hasan bin Thabit pernah menceritakan salah satu daripada tanda kelahiran Rasulullah. Menurutnya, ketika Muhammad lahir, dia baru berumur tujuh tahun. Ketika itu dia berada di Madinah dalam majlis orang-orang Yahudi di sana. Seorang ulama’ Yahudi telah memanjat bumbung rumahnya dan menjerit kepada semua orang, “bintang Ahmad muncul di langit.” (Di mana bintang itu muncul apabila Muhammad dilahirkan. Oleh itu Hasan menyaksikan peristiwa itu.

0 comments:

Post a Comment

About Me