KE ARAH RUMAH TANGGA YANG HARMONI
Menyelesaikan Pergaduhan
Adakalanya ketika sepasang suami isteri bergaduh, mereka tidak mampu untuk meredakan pertelingkahan itu sendiri. Oleh itu,tindakan yang patut diambil ialah dengan melantik ‘Hakam’ atau orang tengah daripada kedua-dua pihak suami dan isteri bagi mencari perdamaian dan penyelesian yang lebih baik dan adil. Orang tengah inilah yang mengkaji ayau menyelidik sebab-sebab dan punca berlakunya pergaduhan mereka yang membawa kepada perceraian mereka. Firman Allah SWT:
35. Maksudnya: Dan jika kamu khawatirkan ada persengketaan antara keduanya, maka kirimlah seorang hakam hakam (juru pendamai) dari keluarga laki-laki dan seorang hakam dari keluarga perempuan. jika kedua orang hakam itu bermaksud mengadakan perbaikan, niscaya Allah memberi taufik kepada suami-isteri itu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.

Menangani isteri yang nusyuz
Apabila isteri didapati tertanyata berlaku nusyuz, maka suami hendaklah bertindak mengikut garis panduan yang diberikan oleh Islam:
1. Pertama, isteri perlu dinasihati dengan lemah lembut, berhikmah dan penuh pengajaran supaya dia sedar akan kesalahannya.
2. Sekiranya masih belum berjaya dan tidak memberi kesan apa-apa kepadanya, suami haruslah meninggalkannya atau memulaukannya dari tempat tidur.
3. Pada tahap ketiga, sekiranya isteri masih wujud, maka suami dibenarkan untuk memukul isterinya sekadar untuk mengajarnya, janganlah sampai mencederakannya ataupun janganlah memukul di bahagian perit ataupun muka kerana ia ditegah oleh Islam.
Garis panduan ini telah disebut oleh Allah dalam firmanNya dalam surah an-Nisa’:
34. Maksunya: dan wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, Maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, Maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya.Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha besar.
(Surah an-Nisa’,34: 4)


Penyelesaian bagi masalah poligami
Bagi seorang lelaki yang imgin berpoligami haruslah mengikut syarat-syarat berikut:
1. Membatasi jumlah isteri yang akan dikahwininya. Syarat ini telah disebutkan oleh Allah (SWT) dengan firman-Nya;
"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu ber-kenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat."
(Al-Qur'an, Surah an-Nisa’ ayat 3)
2. Suami diharamkan mengumpulkan wanita-wanita yang masih ada tali persaudaraan menjadi isterinya. Misalnya, berkahwin dengan kakak dan adik, ibu dan anaknya, anak saudara dengan emak saudara baik sebelah ayah mahupun ibu.
Tujuan pengharaman ini ialah untuk menjaga silaturrahim antara anggota-anggota keluarga. Rasulullah (s.a.w.) bersabda, maksudnya;
"Sesungguhnya kalau kamu berbuat yang demikian itu, akibatnya kamu akan memutuskan silaturrahim di antara sesama kamu." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
3. Suami juga disyaratkan pula berlaku adil. Firmankan Allah (SWT);
"Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (kahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kaumiliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman."
(Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)
4. Suami juga berkuasa menanggung nafkah. Nafkah yang dimaksudkan di sini ialah nafkah zahir, sebagaimana Rasulullah (s.a.w.) bersabda yang bermaksud;
"Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang berkuasa mengeluarkan nafkah, maka hendaklah kamu berkahwin. Dan sesiapa yang tidak berkuasa, hendaklah berpuasa."
Sekiranya seorang suami yang berkahwin ramai mengikuti syarat-syarat berikut pasti rumahtangganya akan bahagia hingga akhir hayat. Insyaallah.



Penyelesaian bagi faktor ekonomi
Faktor ekonomi menjadi salah satu punca berlakunya penceraian. Hal ini kerana kemampuan kewangan merupakan aspek yang penting dalam menentukan kestabilan rumah tangga. Sememangnya suami merupakan orang yang bertanggungjawab dalam memberikan nafkah kepada isteri dan keperluan anak-anak. Pasangannya pula wajar berbelanja sekadar mengikut kemampuan suami. Namun kini, disebabkan tuntutan ekonomi juga, semakin ramai isteri yang terpaksa bekerja menyebabkan masa yang terluang bagi menguruskan rumah tangga semakin terhad. Hal ini telah mengundang kepada ketidakstabilan rumah tangga yang boleh membawa kepada keretakan rumah tangga dan perceraian. Oleh itu, tolak ansur dan persefahaman antara pasangan penting bagi mengimbangkan komitmen terhadap keluarga dan kerjaya agar keharmonian rumah tangga dapat dikekalkan.
Mahupun begitu, faktor isteri bekerja tidak wajar dijadikan alasan oleh suami untuk tidak memberikan nafkah kepada isterinya. Suami masih bertanggungjawab dalam memberikan nafkah biarpun isteri bekerja. Hal ini kerana bukan menjadi tanggungjawab isteri untuk memberikan nafkah, sebaliknya pemberian itu atas kerelaannya dan kesudiannya untuk membantu meringankan beban suami dalam menguruskan rumah tangga. Sekiranya suami tidak memberikan nafkah kepada isteri, tindakannya itu seolah-olah cuba mengambil kesempatan terhadap pasangannya dan secara tidak langsung boleh mengundang perceraian kerana isteri menganggap suami tidak bertanggungjawab. Sekiranya seorang suami mempunyai pengetahuan agama dan memahami kehendak syarak yang menuntut suami memberi nafkah kepada isteri, maka tidak akan timbul kes-kes suami tidak bertanggungjawab.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Nisa ( ayat 34 )
Maksudnya: Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) Telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. sebab itu Maka wanita yang solehah, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diriketika suaminya tidak ada, oleh Karena Allah Telah memelihara (mereka). wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, Maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, Maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha besar.
Potongan ayat ini telah memberikan beberapa penyelesaian kepada orang yang berumah tangga dengan menjelaskan peraturan- peraturan hidup bersuami-isteri. Melalui ayat ini, Allah telah melarang wanita supaya tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya. Malah, Allah juga telah mewajibkan kepada suami untuk mempergauli isterinya dengan baik. Sekiranya isteri nusyuz, contohnya seperti meninggalkan rumah tanpa izin suaminya, maka suami harus memberi pelajaran kepada isteri yang dikhuatikankan akan menjadi derhaka. Pada awalnya berikan nasihat kepada isteri. Namun apabila isteri tidak mahu menerimanya, barulah dipisahkannya dari tempat tidur mereka. Sekiranya isteri masih tidak berubah, barulah suami dibenarkan untuk memukul isteri dengan pukulan yang tidak meninggalkan bekas dan tidak memudaratkan kesihatan isterinya. Andai kata cara pertama telah memberi kesan yang baik, maka cara yang seterusnya tidak perlu dilakukan lagi.
Melalui ayat di atas jelaslah, Allah telah melantik lelaki atau suami selaku ketua dan pemutus keputusan di dalam sesebuah rumah tangga berdasarkan dua sebab utama iaitu, kelebihan fizikal mereka dan, tanggungjawab mereka selaku pencari nafkah untuk keluarga.


