Punca-Punca Keruntuhan Rumah Tangga
1.Suami Tidak Bertanggungjawab. Tidak Mendapat Restu Keluarga.
Pasangan suami isteri mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam membina sebuah rumahtangga yang harmoni. Menurut ajaran Islam, suami memegang peranan sebagai ketua rumahtangga. Berdasarkan kehendak syarak yang menuntut suami memberi nafkah kepada isteri, dia bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan isteri dan anak-anak dengan memberi makan,minum, tempat tinggal, pakaian serta wang belanja kepada mereka sepertimana yang diperlukan oleh setiap oranguntuk hidup sebagai keperluan asasi. Firman Allah dalam surah at-Talaq ayat 7:
7. Maksudnya: Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya.
. Maksudnya: Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka.
Selain itu, tiadanya restu daripada ibu bapa juga boleh membawa kepada perceraian. Namun begitu, menurut pandangan bekas pegawai agama istana Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz berkata:” Dalam islam, apabila anak telah berkahwin, maka ibu bapa tidak boleh mencampuri urusan rumahtangga anak-anak kerana dikhuatiri mendatangkan keburukan. Perlu diingatkan mentua tidak boleh masuk campur urusan anak mereka melainkan untuk mendamaikan rumah tangga kearah kebaikkan.
Bagaimanapun, sebaik-baiknya pemilihan jodoh itu biarlah mendapat restu dan keredaan kedua-dua ibu bapa dan keluarga serta dipersetujui penuh oleh kedua-dua bakal pengantin itu. Sesungguhnya keredaan ibu bapa adalah juga bererti keredaan Allah s.w.t. dan kemarahan mereka itu adalah juga kemarahan Allah s.w.t. Maka al-Quran telah menasihatkan kita supaya bersifat ihsan terhadap ibu bapa dan keluarga.
2. Tidak Ada Persefahaman dan Keserasian. Isteri Tidak Menghormati Suami.
Tidak ada persefahaman dan keserasian merupakan salah satu punca yang membawa kepada perceraian sesuatu pasangan. Islam sendiri mengakui bahawa persefahaman dan keserasian (sekufu), penting dalam menjamin kebahagian rumahtangga.
Sekufu, setaraf atau sepadan merupakan istilah yang digunakan oleh para ulama dalam bab perkahwinan. Ia menunjukkan kesepadanan antara suami isteri, yang telah diterima oleh majoriti ulamak sebagai pra syarat dalam pernikahan. Ia berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
``Tidak berhak mengahwinkan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tidak berhak mengahwinkan wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya.''
Rasulullah bersabda lagi, mafhumnya:
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".
Menurut Mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali dan Syafie, persamaan suami dan isteri haruslah dilihat dari aspek keturunan, keagamaan, pekerjaan, fizikal (yang sempurna), keilmuan dan harta.
Firman-Nya lagi: ``Lelaki yang penzina tidak berkahwin kecuali dengan wanita penzina.''
(An-Nur : 3).
Berdasarkan dalil-dalil tersebut, dapat dikatakan bahawa jaminan kebahagiaan rumahtangga ialah keserasian antara pasangan suami isteri, tidak cukup hanya dengan persamaan agama sahaja (Islam).
Pada masa yang sama, ketiadaan sekufu dalam ilmu juga boleh mendorong perselisihan faham, percanggahan idea dan perbezaan gaya berfikir, gaya hidup sekaligus menggoncang institusi kekeluargaan.
Allah telah menyatakan bahawa kedudukan orang berilmu adalah lebih baik daripada orang yang tidak berilmu. FirmanNya:
``Allah telah mengangkat darjat orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat.''
(Al-Mujadalah : 11).
Selain di atas, aspek-aspek lain turut menjadi perbincangan ulama seperti aspek umur, hubungan kekeluargaan dan gaya hidup.
Pada dasarnya, asas pemilihan suami dan isteri berasaskan kufu ini bukanlah bertujuan memandang seseorang itu sebagai lebih tinggi atau rendah, lebih baik atau kurang baik daripada yang lain. Tetapi ,hanyalah bertujuan untuk mengeratkan lagi kasih sayang dan persefahaman melalui kufu seterusnya mengelakkan perselisihan dan persengketaan dalam perkahwinan."
Mengikut syariat Islam, seorang isteri wajib mentaati dan menghormati suaminya.
Rasululllah saw bersabda:
Jika aku suruh seseorang sujud kepada seseorang yang lain sudah pasti, aku akan suruh isteri sujud kepada suaminya disebabkan besar tanggungjawabnya
Perbalahan yang berlanjutan akan membawa kepada kemusnahan rumahtangga. Seharusnya pasangan suami isteri cuba mengelak daripada berbalah sesama sendiri dalam tempoh yang lama. Malah sebaiknya memperbanyakkan sifat sabar sepertimana yang dianjurkan oleh agama Islam.
Sabda Rasulullah saw:
Maksudnya: Suami yang sabar di atas keburukan perangai (tabiat) isterinya, Allah akan beri pahala yang diberi kepada Nabi Ayub di atas bala yang diterimanya. Dan isteri yang sabar di atas keburukan tingkah laku suaminya; Allah akan beri pahala kepada isteri itu seperti pahala yang diberi kepada Asiah isteri Firaun.
Selain itu, suami yang bertindak kasar terhadap isterinya juga menjadi salah satu faktor berlakunya perceraian. Malah, Islam turut berpandangan bahawa suami yang bertindak kasar dan ganas terhadap isterinya merupakan seorang suami yang tidak bertanggungjawab dan telah mengkhianati isterinya.
Umar bin Al-Ahwas Al-Jasyami ada mendengar Rasulullah besabda. Mafhumnya:
Maksudnya: Ingat; hendaklah kamu terima pesanan mengenai orang-orang perempuan. Bergaullah kamu dengan mereka secara baik,dan berlemah lembut. Sesungguhnya orang-orang perempuan itu adalah merupakan tawanan kamu. Kamu tidak boleh bertindak sesuka hati terhadap mereka kacuali mereka berterus terang melakukan kejahatan (menderhaka). Jika mereka itu melakukan perbuatan tersebut, maka tinggalkan mereka di tempat tidurnya seorang diri. Dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang tidak memberi bahaya. Tetapi jika mereka itu berlaku taat kepada kamu, janganlah kamu melakukan apa-apa tindakan terhadap mereka. Ingat, sesungguhnya kamu terhadap isteri-isteri kamu mempunyai hak yang tertentu. Dan isteri kamu pula terhadap kamu mempunyai hak yang tertentu juga. Maka hak kamu terhadap mereka itu, bahawa isteri kamu tidak menghamparkan tilam kamu terhadap orang yang kamu benci. Dan tidak membenarkan orang yang kamu benci masuk ke dalam rumah kamu. Ingat, hak isteri ke atas kamu bahawa kamu berbuat baik terhadap mereka itu mengenai pakaian, dan makan minum mereka dengan cukup dan sempurna.
Dalam kes ini juga, isterinya tidak dapat menerima bahawa suaminya telah berkahwin lain. Lalu berbincang dengan suaminya untuk menceraikannya. Apatah lagi mereka telahpun tinggal berasingan selama 11 bulan.
Berdasarkan pendirian Islam, poligami tidak boleh diharamkan dan tidak boleh juga digalakkan, manakala mereka yang merestuinya tidak pula harus diberi penghormatan. Hukum berpoligami telah ditegaskan oleh Allah di dalam al-Quran. Firman Allah SWT:
3. Maksudnya: Maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, Maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.
(Surah an-Nisa’:3)
Maka, disini jelaslah bahawa hukum berpoligami itu ialah harus dan dengan syarat dia berlaku adil kepada isteri-isterinya. Oleh itu, seseorang yang beriman tidak boleh menolak hukum yang telah ditetapkan oleh Allah. Firman Allah:
62. Maksudnya: Sebagai sunnah Allah yang berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum (mu), dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati perubahan pada sunnah Allah.
4. Kecurangan dan Nusyuz.
Islam mewajibkan seseorang isteri mentaati menghormati dan mentaati suaminya selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Sekiranya dia nusyuz, maka dia akan mendapat azab di akhirat kelak. Dari segi bahasa nusyuz ialah derhaka atau tidak taat. Dri segi istilah pula ialah seorang isteri yang derhaka terhadap suaminya dan mengabaikan kewajipannya dalam mentaati suami sepertimana yang diperintahkan oleh Allah. Manakala hukum nusyuz adalah haram dan berdosa besar. Firman Allah SWT:
34. Maksunya: dan wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, Maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, Maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya.Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha besar.
(Surah an-Nisa’,34: 4)
Sabda Rasulullah saw:
Maksudnya: Apabila seseorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, lalu dia tidak datang kepadanya (menolak) maka tidurlah suaminya dalam keadaan marah kepadanya, malaikat akan melaknat (isteri) tersebut sehingga waktu subuh (pagi).
Menurut Islam seseorang isteri dikatakan sebagai nusyuz atau derhaka apabila apabila tidak mentaati suaminya ataupun melakukan perkara yang bersifat ingkar terhadap suaminya. Contoh perbuatan nusyuz adalah seperti berikut: keluar dari rumah tanpa sebarang sebab atau tanpa keizinan suaminya,bermusafir tanpa kebenaran suami, enggan membuka pintu ketika suami hendak memasuki rumah atau enggan bersetubuh dengan suami tanpa alasan seperti keuzuran atau sakit.


0 comments:
Post a Comment