topbella

Friday, 24 June 2011

KEBAHAGIAAN YANG DIREDHAI ALLAH

1. Memilih Pasangan Hidup Menurut Islam
Islam telah menetapkan bebrapa garis panduan dalam memilih jodoh yang baik iaitu berdasarkan kecantikan, kekayaan, keturunan dan yang utama sekali ialah agama dan pendidikan. Agama menjadi aspek yang utama kerana orang yang berpegang kuat kepada agama Islam akan menjamin keuntungan dan kebahagian rumah tangga. Sabda Rasulullah saw:
Maksudnya : ”Wanita dinikahi karena empat hal : kerana hartanya, keturunannya
kecantikannya dan agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, niscaya kamu beruntung”.

(H. R. Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah)
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi, yang bermaksud: " Janganlah mengahwini perempuan kerana kecantikannya mereka, mungkin kecantikannya itu menjadikannya buruk. Janganlah kamu mengahwini mereka itu kerana hartanya, mungkin hartanya itu menjadikannya zalim, Sesungguhnya hamba perempuan yang hitam tetapi beragama adalah lebih baik."

2. Menyelesaikan pergaduhan dengan baik
Apabila rumahtangga mula mengalami krisis, maka haruslah bertindak dengan segera dan bijak iaitu cuba untuk mencari jalan perdamaian dan berbaik-baik kembali.

128.  Maksudnya: Dan jika seorang wanita khawatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, Maka tidak Mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka) .
Sekiranya rumahtangga yang sedia ada tidak mampu dikekalkan lagi setelah semua usaha-usaha ini telah mereka laksanakan, maka Islam membenarkan pasangan tersebut berpisah dengan cara yang baik. Perceraian merupakan perkara yang halal tetapi paling dibenci oleh Allah swt. Firman Allah di surah Al Baqarah ayat 229 yang bermaksud:

229 Maksudnya: setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang ma'ruf atau menceraikan dengan cara yang baik.
Firman Allah:
Maksudnya: Hai Nabi, apabila kamu menceraikan isteri-isterimu maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar) dan hitunglah waktu iddah itu serta bertakwalah kepada Allah Tuhanmu. Janganlah kamu keluarkan mereka dari rumah mereka dan janganlah mereka (diizinkan) ke luar kecuali kalau mereka mengerjakan perbuatan keji yang terang. Itulah hukum-hukum Allah dan barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah, maka sesungguhnya dia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri. Kamu tidak mengetahui barangkali Allah mengadakan sesudah itu suatu hal yang baru.
(QS. Ath-Thalâq [65]: 1)

3. Mengubah sikap dengan menjadi suami isteri yang lebih bertanggungjawab dan menunaikan kewajipan masing-masing.
Suami sebagi ketua keluarga hendaklah bertanggungjawab dalam memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya. Melayaninya dengan lemah lembut dan tidak mengasarinya. Manakala isteri hendaklah mentaati suaminya selagi tidak bertentangan dengan syarak dan menghormati serta melayani suaminya dengan baik. Malah isteri janganlah berlaku nusyuz terhadap suaminya.

19.  Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) Karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.
Rasululllah saw bersabda:
Jika aku suruh seseorang sujud kepada seseorang yang lain sudah pasti, aku akan suruh isteri sujud kepada suaminya disebabkan besar tanggungjawabnya
Firman Allah dalam surah at-Talaq ayat 7:

7. Maksudnya: Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekedar apa yang Allah berikan kepadanya.

6.  Maksudnya: Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka. 

0 comments:

Post a Comment

About Me